META mohon maaf kesalahan terjemahan di Facebook berkaitan istiadat pertabalan Agong

Dari Penulis

META hari ini memohon maaf kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Sukan Negeri Johor dan pihak lain yang terkesan dengan kandungan Facebook RTM yang tular berkaitan istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Sabtu lepas.

Pengarah Dasar Awam Asia Tenggara META Rafael Frankel dalam satu kenyataan berkata META menyedari berlaku kesilapan dalam terjemahan automatik daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris yang menjejaskan hantaran Facebook berkaitan istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim serta hari keputeraan isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

“Kami telah pun menyelesaikan kesilapan teknikal ini. Kami amat menghormati Keluarga kerabat Diraja Malaysia dan memohon maaf dengan ikhlas kepada RTM, Majlis Sukan Negeri Johor, serta pihak-pihak lain yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya.

Semalam, RTM menjelaskan bahawa mereka tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris seperti yang tular di Facebook berhubung pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sabtu lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan apa yang dipaparkan di laman Facebook rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

RTM telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META mengenai terjemahan yang tidak tepat oleh sistem META.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This