PRK DUN Nenggiri: Pas, Bersatu ibarat aur dan tebing – Hamzah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin memuji sikap Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Jelasnya, perkara itu dapat dilihat melalui kesanggupan pimpinan akar umbi dua parti berkenaan dari bahagian Gua Musang hadir ke mesyuarat yang dijalankan meskipun.

“Terima kasih dan tahniah pimpinan akar umbi Pas dan Bersatu Bahagian Gua Musang yang sanggup hadir ke perjumpaan di Kota Bharu petang semalam.

Baca artikel lain: Pemulihan bekalan air capai 14.3 peratus

“Saling melengkapi, ibarat aur dan tebing. Alhamdulillah. Komitmen yang terpuji,” katanya dalam status di Facebook, hari ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri merupakan status quo buat Bersatu selepas Mohd Azizi Abu Naim dilucutkan hak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan.

Tindakan itu memberikan kesan kepada PN, bagaimanapun Bersatu menarik nafas lega apabila Pas sebagai rakan sekutu dalam PN membenarkan simbol keramat mereka, bulan digunakan pada PRK Nenggiri.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos depan, manakala 17 Ogos pula hari pengundian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This