Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 2013-2023

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA mencatatkan sebanyak 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun bermula 2013 hingga 2023.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kadar insiden yang dilaporkan pada 2022 adalah 16.02 per 100,000 penduduk serta kadar kematian 0.33 per 100,000 penduduk. 

Jelas beliau, bagi Hepatitis C pula, jumlah keseluruhan kes tersebut adalah 34,573 kes bagi tempoh yang sama. 

Menurut Dr Muhammad Radzi, kadar insiden yang dilaporkan pada 2022 adalah sebanyak 14.17 per 100,000 penduduk serta kadar kematian 0.29 per 100,000 penduduk.

Dr Muhammad Radzi berkata, Hepatitis B boleh dicegah melalui imunisasi seperti Program imunisasi Hepatitis B kepada bayi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan yang telah dimulakan semenjak tahun 1989. 

Katanya, dos pertama diberikan semasa kelahiran manakala dos seterusnya pula diberikan kepada bayi menggunakan vaksin kombinasi enam serangkai (6 dalam 1) pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

“KKM menasihatkan ibubapa untuk memastikan bayi mereka diberi imunisasi Hepatitis B yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan. 

“Sekiranya tercicir imunisasi, ibubapa perlu mendapatkan nasihat di klinik kesihatan yang berhampiran untuk penjadualan semula imunisasi. 

“Untuk Hepatitis C pula, rawatan khusus kini boleh diberikan untuk menyembuhkan jangkitan,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Sambutan Hepatitits Sedunia 2024 hari ini.

Untuk rekod, hepatitis adalah penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus (viral hepatitis) iaitu Virus Hepatitis A, B, C, D atau E.

Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar, dan tidak membawa kepada penyakit yang kronik. 

Manakala virus Hepatitis B, C dan D berjangkit melalui darah atau cecair badan dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang merupakan punca utama kepada sirosis atau parut hati dan kanser hati.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Radzi berkata, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan amalan kebersihan diri untuk mengelakkan risiko mendapat jangkitan hepatitis atau risiko untuk menjangkiti orang lain bagi individu yang telah dijangkiti. 

Katanya, orang ramai terutamanya golongan yang berisiko dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan hepatitis seterusnya mendapatkan nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan. 

Menurut beliau, pengesanan dan rawatan awal dapat mengelakkan komplikasi jangkitan seperti penyakit hati yang teruk dan kanser hati, dan seterusnya kematian. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This