Paris 2024: Pearly-Thinaah kejutkan pasangan Indonesia, layak ke suku akhir

Dari Penulis

PASANGAN beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M Thinaah layak ke suku akhir Sukan Olimpik 2024, selepas melakukan satu lagi kejutan pada perlawanan terakhir Kumpulan A, hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, yang dalam misi mesti menang mereka pada perlawanan peringkat kumpulan itu, mengejutkan pasangan kesembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-18, 21-9 di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Pada perlawanan yang penuh mendebarkan itu, Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan ke-13 dunia, bermain dengan perlawanan yang sengit sebelum menang set pertama, dan berjaya menguasai set kedua untuk menang dalam masa 45 minit.

Pasangan negara yang sebelum ini tewas kepada juara Dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan pada Sabtu, berjaya melakukan kejutan dengan mengalahkan juara dunia dua kali, pasangan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun semalam, bagi menghidupkan semula harapan mereka.

Baca artikel lain: Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei terus momentum positif, Aaron-Wooi Yik kecundang

Terdahulu Qing Chen-Yi Fan, mengungguli kumpulan A selepas mengalahkan Matsumoto-Nagahara 21-16, 21-15.

Sebelum ini, pasangan beregu wanita negara hanya sekali layak ke suku akhir Sukan Olimpik iaitu di Rio 2016, apabila pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei tewas kepada juara acara itu Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.

Sukan Olimpik 2024 turut menyaksikan pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telahpun menempah slot ke suku akhir, manakala pemain profesional perseorangan Lee Zii Jia (lelaki) dan Goh Jin Wei (wanita) hanya akan mengetahui nasib mereka selepas perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Rabu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This