JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan banyak masalah menempah tiket ke pusingan 16 terakhir temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya mengungguli Kumpulan G.
Ia selepas pemain di ranking ketujuh dunia itu menewaskan wakil Sepanyol, Pablo Abian dengan keputusan 21-10, 21-13.
Bagaimanapun, Abian yang berusia 39 tahun berjaya memberi tentangan sengit sebelum terpaksa tunduk kepada Zii Jia dalam tempoh 34 minit.
Dalam pertarungan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu, Zii Jia tampak tenang dengan menguasai set pertama dengan mendahului 13-10 sebelum mengutip lapan mata berturut-turut untuk menamatkan perlawanan 21-10.
Set kedua pula agak berbeza apabila Abian dilihat memberi tentangan sengit hingga berjaya mendahului 10-8 pada satu ketika.
Namun begitu, Zii Jia berjaya memperoleh mata demi mata hingga selesa mendahului 19-12 sebelum mengakhiri perlawanan tersebut dengan kemenangan.
Baca artikel lain: Paris 2024: Zii Jia menang mudah, Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir
Sebelum ini, juara All England 2021 itu mudah menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe dalam aksi pertama kumpulan, tiga hari lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu mencatat kemenangan 21-14, 21-12 ke atas Nettasinghe itu.
Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan dalam acara perseorangan mendapat tiket pusingan 16 terakhir.
Zii Jia akan menentang sama ada pemain di ranking kesembilan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting atau wakil Perancis, Toma Junior Popov untuk lolos ke peringkat suku akhir.
Zii Jia membuat penampilan sulung pada temasya terbesar dunia itu di Tokyo 2020 tetapi terpaksa akur kepada bintang China, Chen Long di peringkat 16 terakhir.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

