BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) akan memakan diri dan menjejaskan negara itu berbanding rakan dagangannya.
Jelas beliau, tarif yang dikenakan antara 10 hingga 49 peratus akan menyebabkan kenaikan harga bagi barangan di AS, yang membawa kepada kos sara hidup yang lebih tinggi untuk rakyatnya
“Kita banyak bercakap tentang bagaimana ini memberi kesan kepada Malaysia dan rakan dagangan AS yang lain. Tetapi persoalan yang harus ditanya ialah, apa yang akan berlaku kepada AS?
“Semua barangan di AS akan naik harga dan mereka akan mengalami kos sara hidup yang tinggi.
“Kemudian pekerja mereka akan menuntut gaji yang lebih tinggi. Mereka akan menjadi tidak kompetitif,” katanya dalam temu bual bersama FMT.
Baca artikel lain: Gagal rampas DUN, Pas dakwa lawan jentera kerajaan di Ayer Kuning
Katanya lagi, AS sangat bergantung pada rantaian global terutamanya untuk cip mikro dari Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia yang mana tarif akan meningkatkan kos pengeluaran selain menjadikan barangan lebih mahal.
Dalam penerbangan sebagai contoh, beliau berkata, negara seperti Malaysia boleh bertukar dengan mudah daripada membeli pesawat Boeing buatan AS kepada jet Airbus buatan Eropah.
“Sebagai contoh, bagaimana jika daripada membeli 30 pesawat Boeing, kita membeli 30 Airbus. Setiap pesawat Boeing berharga hampir setengah bilion ringgit.
“Setengah bilion kali 30, itulah kerugian yang akan Amerika tanggung,” katanya.
AS telah mengumumkan tarif 24 peratus ke atas kebanyakan barangan Malaysia, antara julat tarif ke atas kira-kira 60 negara dan 10 peratus am ke atas import dari semua negara.
Tarif telah dijeda selama 90 hari untuk membolehkan rundingan perdagangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

