Tun M dakwa pemimpin negara serah kemerdekaan untuk nampak hebat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

NEGARA didakwa telah mengorbankan kemerdekaan setelah bersetuju untuk memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, apa yang disaksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik tetapi penyerahan kebebasan ekonomi yang dibina dan dipertahankan dengan susah payah.

“Saya tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.

“Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak AS dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.

“Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka

Baca artikel lain: Dasar pemilihan jemaah haji kekal berasaskan sistem giliran – Mohd Na’im

“Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita…Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif,” dakwanya dalam kenyataan, hari ini.

Dakwanya, inilah penjajahan baru yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.

Kata mogul dihormati itu lagi, berhentilah menggunakan istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi — akui bahawa kemerdekaan telah perdagangkan kerana terlalu mahu menyenangkan hati kuasa asing.

“Benar ada ???? ??????, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?

“Dan walau ada ???? ??????, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?

“Jika kerajaan gunakan ???? ?????? untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi,” dakwanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This