PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini bakal memperlihatkan pertembungan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Nik Raisnan Daud selepas semakan borang pencalonan mendapati kedua-dua individu tersebut diterima.
Sinar Harian melaporkan, BN diwakili Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mohd Azmawi Fikri menyerahkan borang penamaan pada pukul 9.08 pagi sambil diiringi pencadang, Mohd Sani Nahtiman dan penyokong, Mohamed Khalid Sulaiman.
Baca artikel lain: PRK DUN Nenggiri: Calon BN, Pas serah borang penamaan calon
Sementara itu, Mohd Rizwadi menyerahkan borang penamaan pada pukul 9.05 pagi dengan diringi pencadang, Mohd Sakri Hussin dan penyokong, Mohd Sidek @Mohd Saufi.
Kesemua calon disahkan penyertaan mereka oleh Nik Raisnan yang berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dibuka tepat pada pukul 9 pagi.
PRK DUN Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

