NZ Frozen Industries tawar lebih 50 produk Bumiputera dijamin bersih dan halal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

NZ Frozen Industries Sdn Bhd bukanlah nama asing dalam dunia pembuatan makanan negara, bahkan sudah bertapak sekian lama sejak dari tahun 1997 lagi.

Berpegang kepada prinsip produk yang dihasilkan 100 peratus bersih, halal, sedap dan unik, jenama makanan Bumiputera itu setakat ini sudah memiliki lebih daripada 50 produk unit simpanan stok (SKU).

Produk mereka terbahagi kepada dua iaitu NZ Food yang memfokus pengeluaran makanan sejuk beku dan NZCrunchies yang memberi keutamaan kepada snek dengan pelbagai perisa menarik.

Pengurus Jualannya, Ammar Rizan memberitahu, kesemua produk NZ Frozen Industries Sdn Bhd memiliki pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI).

Selain itu, katanya, produk syarikat berpangkalan di Johor Bahru itu turut memiliki pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) yang sukar untuk dimiliki.

Katanya lagi, melalui pensijilan ini, produk-produk keluaran mereka mampu meyakini pengguna bukan sahaja dalam kalangan pelanggan tempatan malah bagi pasaran luar negara juga.

Pengurus Jualan NZ Frozen Industries Sdn Bhd, Ammar Rizan

Baca artikel lain: Anwar, Srettha lawat Rantau Panjang, Sungai Golok hari ini

“Kami tawarkan keunikan kepada anda, kami bawa produk yang memberikan kelazatan dan kenikmatan. Produk kami sedap dan mudah nak disediakan, selain berkualiti.

“Produk kami juga mengikut kepada cita rasa semasa sama ada di peringkat tempatan dan global.

“Kita menjaga kualiti dari segi tekstur, kebersihan. Saya tekankan produk NZ Food, NZCrunchies sudah diiktiraf dengan pensijilan halal,” katanya ketika ditemui UtusanTV.

Selain itu, kata Ammar, pihaknya membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan atau memulakan perniagaan bersama NZ Food dan NZCrunchies.

Pelbagai bantuan asas pemasaran akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga.

“Kami tawarkan modal Rakan Niaga yang mampu milik, kami sebagai pengeluar menyediakan pelbagai kemudahan kepada anda.

“Terutamanya produk yang mudah dijual, berkualiti, memiliki pensijilan halal yang boleh meyakini pengguna di luar sana.

“Kita juga ada bahan sokongan untuk anda memasarkan produk-produk ini, bagi membolehkan anda berniaga dan menjana pendapatan bersama kami.

“Hanya perlu menghubungi kami di talian 019-6679895 untuk dapatkan maklumat lanjut. Boleh juga layari website www.nzfrozen.com (NZ Food) dan www.nzcrunchies.com (NZCrunchies),” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This