SEORANG lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan, Tampin awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.
Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Baca artikel lain: Seorang maut, rakan cedera parah Vios terbabas di Bukit Indah
“Pergaduhan berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

