PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Beliau berkata, kerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit baru-baru ini.
“Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas, tetapi satu elemen sangat penting untuk dijelaskan ialah kerana kita mempunyai budaya tradisi perkhidmatan awam yang banyak berusaha membantu meningkatkan prestasi, menjamin kejayaan (negara).
“Walaupun tidak banyak diuar-uarkan tetapi itu kenyataannya,” katanya dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada Isnin.
Baca artikel lain: Perkampungan kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Anwar berkata, walaupun merekodkan banyak kejayaan namun penjawat awam perlu bersikap tawaduk dan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dan memperbaiki kelemahan untuk mencapai prestasi lebih baik.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sementara itu ringgit terus mendapat sokongan yang baik dan mengekalkan momentum meningkatnya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
Pada 8 pagi ini, ringgit naik kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

