PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal menamatkan kontraknya pada 10 Ogos ini.
Beliau menyifatkan Mohd Zuki sebagai tonggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya.
“Saya bersyukur kerana sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, saya didampingi selain rakan Jemaah Menteri, ialah tonggak dalam perkhidmatan awam, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara dan kebetulan ini perhimpunan terakhir beliau.
“Saya nak ambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan rasa terhutang budi saya kerana beliau walaupun berpengalaman dengan Perdana Menteri sebelumnya, tetapi menjalankan khidmat benar-benar profesional,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Perkampungan kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.
Selain itu, Anwar juga berkata, pengumuman pelantikan baharu Ketua Setiausaha Negara bagi menggantikan Mohd Zuki akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Calon Ketua Setiausaha Negara, saya akan umum dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

