Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang pagi ini

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Beliau berkata, PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga berada di sana.

“Di PPS Balai Raya Ayer Paabas, sebanyak 13 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan melibatkan lapan keluarga sementara di PPS Sekolah Sungai Jernih, sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di situ.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Ar-Rasyidin adalah sebanyak 163 orang melibatkan 59 keluarga manakala sebanyak 95 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di Japerun Kuala Linggi,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Baca artikel lain: Anwar salur bantuan awal untuk rumah daif di Kampung Chendor

Beliau berkata, PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar pula ditutup pada 9 malam tadi.

Katanya, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Katanya, lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This