Tular pecahkan cermin kereta depan stesen minyak, lelaki mengaku tak bersalah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG penganggur yang sebelum ini tular di media sosial selepas memecahkan cermin sebuah kereta di hadapan sebuah stesen minyak minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas pertuduhan khianat.

Tertuduh, G. Nagendaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta jenis Toyota Estima milik seorang wanita berusia 37 tahun dengan anggaran nilai kerugian sekitar RM100, di luar Stesen Minyak Petron Arah Timur, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sekitar jam 1 pagi pada 7 Ogos lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bapa dua anak itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan didapati memasukkan dadah jenis Metamphetamine ke dalam badannya di tandas Balai Polis USJ 8 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dekat Petaling sekitar jam 5 petang pada 8 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15(1) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun.

Selain itu, tertuduh juga berdepan perintah pengawasan oleh pegawai polis bagi tempoh minima dua tahun, maksimum tiga tahun sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah serta merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan bagi Seksyen 15 ADB 1952, mengikut peruntukkan Seksyen 38B ADB 1952.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran menawarkan jaminan berjumlah RM9,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun Peguam M. Partiben Madurai Veeran memohon agar mahkamaj membenarkan jaminan yang minima ke atas anak guamnya memandangkan menanggung isteri suri rumah dan dua anaknya masing-masing berusia lima tahun dan seminggu.

Majistret Sasha Diana kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,800 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin selain menetapkan 12 November depan bagi sebutan semula kes.

Pada 7 Ogos lalu, UtusanTV melaporkan pihak polis memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun bersenjatakan kayu berhampiran sebuah stesen minyak dekat Lebuhraya Shah Alam.

Baca: Polis buru empat lelaki cuba samun juruteknik di Kesas

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mangsa yang juga merupakan juruteknik berusia 36 menyatakan telah cuba disamun oleh empat lelaki.

“Suspek menghayunkan kayu ke arah cermin kereta pengadu sehingga pecah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiada penutupan, Hospital Segamat beroperasi seperti biasa

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat bakal ditutup pada 1...

More Articles Like This