Tun M sudah kalah, hanya berjaya memenjarakan Najib – Puad Zarkashi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sudah ‘kalah’ dalam konteks arena politik negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu, Dr Mahathir dilihat hanya berjaya memenjarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir yang menyalahkan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan sifat beliau yang tidak suka mengalah dalam apa jua perkara.

“Tun M tidak suka mengalah. Kali ini beliau kalah. UMNO masih ada tempat berbakti kepada rakyat. Berehatlah Tun. Jasa mu tetap dikenang.

Tun M kata dia letak jawatan atas kerelaannya. Bukan kerana Ahmad Zahid. Dia berbuat demikian kerana Bersatu tidak mahu mendengar nasihatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir menerusi hantaran di media sosial menyifatkan Ahmad Zahid bukanlah seorang hero dan tidak terlibat dalam peletakan jawatannya sehingga membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.

Dr Mahathir menegaskan, Ahmad Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuhkan dirinya sekali gus menyelamatkan UMNO.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau meletakkan jawatan apabila parti yang diwakilinya ketika itu iaitu Bersatu menolak nasihatnya.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Dr Mahathir melepaskan jawatan atas kerelaan sendiri dan bukan kerana Ahmad Zahid.

Kata Mohd Puad, nasihat Dr Mahathir ketika itu sudah ‘tidak laku’ selain usaha terakhir untuk menjadi Perdana Menteri interim sudah gagal.

“Ketika itu PKR dan DAP mahu Tun M kekal. Mahathir tubuh Pejuang untuk kembali jadi PM. Tetapi “times over”.

“Segala galanya gagal. UMNO tidak mati. Anwar dapat juga jadi PM. Dan anaknya Mukriz tersisih. Tun hanya berjaya memenjarakan Najib.

“Oleh itu sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 22 bulan Tun adalah benar. Sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 17 bulan Muhyiddin juga benar. Dan sumbangan Zahid UMNO berkongsi kuasa hari ini juga benar,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This