YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini.Â
Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Shamsul Azri yang dilantik berkuat kuasa semalam menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Turut hadir bersama dalam pertemuan itu, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN berkuasa kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.
Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat dan menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram