Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus berkurang

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Alor Gajah semakin berkurangan pagi ini apabila hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu pada 7 pagi ini berbanding 50 mangsa daripada 15 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata sebanyak 21 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Alor Gajah.

“PPS Balai Raya Seri Jeram pula menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, empat kawasan masih terjejas dengan baniir yang melanda dari Ahad lepas membabitkan Kampung Seri Jeram, Kampung Teluk Berembang, Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.

Keadaan cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan ditutup kepada kenderaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This