Minggu Saham Amanah Malaysia 2024 bakal berlangsung di SCCC, hidang pelbagai aktiviti menarik

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PUSAT Konvensyen Setia City (SCCC) Shah Alam menjadi lokasi penganjuran program Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 yang bermula dari 22 Ogos hingga 25 Ogos ini.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataan memaklumkan, program tersebut merupakan satu daripada komitmen dalam memenuhi mandat untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia dan demi kemakmuran negara.

Jelas kenyataan tersebut, MSAM 2024 juga merupakan titik fokus teras Sosial di bawah Rangka Kerja Kelestarian PNB untuk meneruskan komitmennya terhadap pelaburan sosial dalam pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan, dan inisiatif perkongsian ilmu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, umum mengetahui bahawa MSAM merupakan karnival literasi kewangan perdana tahunan agensi itu sejak 23 tahun lalu.

Katanya, MSAM 2024 membawa tema ‘Kukuhkan hidup anda di MSAM’ sejajar dengan matlamat PNB terbaharu iaitu untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat merentasi generasi.

“Meneruskan inisiatif kami dari tahun sebelumnya, elemen pendidikan kewangan dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) akan menjadi tumpuan kamidalam memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menuntut ilmu dan pendidikan tinggi,” katanya.

Menurut PNB, MSAM kali ini membawakan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan dan melibatkan pengunjung bagi menarik penyertaan dari semua lapisan masyarakat. 

Jelas PNB, selain daripada aktiviti lazim berkaitan celik kewangan dan perkongsian ilmu, beberapa program unik tahun ini termasuk aktiviti pelengkap seperti Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto.

PNB memaklumkan, kira-kira 50 pempamer terdiri daripada syarikat-syarikat Kumpulan PNB, ejen ASNB, badan kawal selia dan agensi Kerajaan Negeri akan mempamerkan aktiviti serta pameran pendidikan pelaburan yang menarik di MSAM 2024. 

Selain itu, MSAM 2024 akan menawarkan pengunjung pelbagai hadiah menarik bernilai kira-kira RM1 juta. 

“Antara hadiah utama adalah satu unit apartment servis di Serasi Residences, Putra Heights; BYD Dolphin Standard – Maldive Purple; Perodua Axia 1.0L AV – Coral Blue dan Perodua Ativa 1.0L Turbo AV – Pearl Delima Red.

“Untuk maklumat lanjut mengenai MSAM 2024, sila layari laman web rasmi MSAM https://www.pnb.com.my/msam/ dan platform media sosial rasmi MSAM, Instagram: minggusahamdigital dan Facebook: Minggu Saham Amanah Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This