Tular bawa kerambit atas padang, pemain bola sepak dijel 14 hari

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PADAH menunjukkan kerambit dalam satu perlawanan bola sepak amatur pada awal Ogos lalu, seorang lelaki dipenjara selama 14 hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menunjukkan sebilah kerambit yang mana perbuatan itu dilakukan dengan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain,di Pusat Bola Sepak KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur sekitar jam 12.45 pagi, 4 Ogos lalu.

Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga bulan atau denda boleh sampai RM500 atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika prosiding, peguam Muhammad Syawal Mohd Razak merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang wajar dan adil ke atas anak guamnya itu memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya sekadar membantu ibunya menjual nasi lemak secara kecil-kecilan.

Selain itu, ayah tertuduh juga kerap mengalami sakit dada dan batuk manakala ibunya mengalami darah tinggi, sakit lutut, dan batu hempedu yang memerlukan rawatan seminggu sekali di Hospital Selayang.

“Tertuduh mohon maaf kepada pengadu dan telah insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Tertuduh tiada rekod jenayah lampau dan wajar diberi peluang kedua,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Kes ini mendapat liputan yang meluas, maka hukuman setimpal patut dikenakan bagi memberi mesej jelas kepada masyarakat,” katanya, yang turut hadir bersama seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang merupakan pemain bola sepak amatur sebuah pasukan memakai jersi hitam bernombor tujuh itu menunjukkan senjata itu di padang pusat bola sepak berkenaan.

Sementara itu, di hadapan Hakim sama, Muhammad Nur Iman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama empat lagi individu membaling empat botol bom petrol ke arah hadapan sebuah kelab di Jalan Yap Kwap Seng di sini, sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kelab itu, pada jam 2.17 pagi, 9 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Nidzuan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 namun tertuduh yang diwakili peguam, Haziq Aizuddin Subhi merayu kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu membantu ibu bapa.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This