PRK Nenggiri: Polis Kelantan buka enam kertas siasatan

Dari Penulis

POLIS Kelantan sudah membuka enam kertas siasatan berkait Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 4 (a) (1), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun keseluruhan laporan yang kita terima setakat semalam (Jumaat) ialah 18 kes,” katanya semasa sidang akhbar semasa hadir membuat tinjauan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap pada Sabtu.

Baca artikel lain: Program TVET akan ditawarkan kepada pelajar luar negara – Ahmad Zahid

Menurut beliau, kesemua kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat bagi tujuan pendakwaan.

Ujarnya, polis tidak pilihan kasih dalam menjalankan siasatan berkait dengan PRK Nenggiri.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, beliau berpuas hati dengan gerak kerja perjalanan kempen PRK.

“Semua parti politik mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This