PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa, esok.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu sekali gus bagi menghormati lunas perundangan negara selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional.
Jelasnya, pucuk pimpinan Bersatu juga kini sedang meneliti secara halus isu yang berlaku semasa kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada malam 14 Ogos lalu.
“Semua pihak diseru supaya bertenang dan berdoa kepada Allah SWT agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama berasaskan lunas undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Sambutan Hari Kebangsaan MINDEF berlangsung meriah
Sabtu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhyiddin yang didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R dalam kempen politik.
Naib Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, beliau kecewa dan terkilan dengan ucapan Muhyiddin ketika berkempen pada PRK Nenggiri yang secara biadab menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Semalam, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.
Justeru, baginda mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

