SELEPAS gagal dalam pemburuan emas pada temasya Olimpik Paris 2024, Malaysia dilihat mempunyai ‘peluang’ baharu dalam meraih pingat tersebut melalui saluran sukan bukan ‘tradisi’.
Ini selepas pihak penganjur Olimpik Los Angeles 2028 memasukkan skuasy sebagai sukan yang akan dipertandingkan kelak.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan, skuasy amat penting bagi negara dan beliau gembira melihat kelahiran ramai bakat muda dalam sukan tersebut.
“Sempat menyaksikan perlawanan suku akhir squasy beregu campuran antara pasukan Sarawak dan beramah mesra bersama atlet-atlet negeri di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya.
“Skuasy merupakan sukan yang penting bagi Malaysia, terutama setelah ia dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Baca artikel lain: Malaysia tandatangani MoU dalam bidang belia dan sukan dengan Kerajaan India
“Saya melihat ramai pemain muda yang mempunyai potensi dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak melabur dalam pembangunan bakat mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Pada Sukan Asia Hangzhou, China, atlet skuasy negara S Sivasangari berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk 3-2 dalam final perseorangan wanita.
Selain acara perseorangan, negara juga mempamerkan dominasi dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

