SEORANG lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat Seksyen 10, Wangsa Maju, 4.29 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada pengadu yang merupakan pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pengadu memaklumkan terdapat seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun tidak sedarkan diri di dalam kereta.
“Mangsa berbangsa Cina itu disahkan meninggal dunia dan telah dihantar ke hospital bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis
berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

