UMNO perlukan Gen Z lawan politik toksik

Dari Penulis

OLEH: SHAHBUDIN EMBUN

UCAPAN Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) merupakan ucapan yang mesti diberikan perhatian yang serius oleh seluruh ahli UMNO. 

Tok Mat telah mencungkil beberapa isu yang boleh menentukan masa depan UMNO, khasnya dalam persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Antara yang menarik perhatian saya ialah ketegasan beliau yang mahukan ahli UMNO mendekati golongan belia serta mengikut rentak dan selera semasa. Ini disebabkan belia hari ini bakal menentukan masa depan negara kita.

 Itu sebabnya UMNO mesti menggunakan ‘revolusi’ generasi Z (Gen Z) dan milenial dengan sebaiknya. Kedua-dua generasi ini perlu diangkat sebagai  senjata penting’ ketika berkempen menjelang PRU16.

Dan dua generasi ini juga yang boleh membawa lebih ramai lagi anak muda menyertai UMNO dan membantu menguat dan memartabatkan lagi UMNO.

Perlu diingatkan UMNO perlu memandang ke depan dan UMNO sememangnya tidak boleh bergantung kepada sejarah kegemilangan silam. 

Tok Mat menjelaskan lagi yang UMNO sememangnya sangat memerlukan bantuan dan nasihat dari kelompok profesional seperti perunding media sosial dan pemasaran. Sudah sampai masanya UMNO menggunakan Gen Z sebagai pemacu utama kempen UMNO. 

Apa yang dikatakan oleh Tok Mat merupakan satu fakta yang tidak boleh kita perlekehkan. Kita kena terima hakikat hari ini adalah zaman Gen Z. 

Mungkin kita perlu lihat balik bagaimana dalam PRU15, UMNO telah diserang bertubi-tubi oleh Gen Z dan golongan milenial yang digunakan oleh pihak lawan. Ini menyebabkan UMNO tidak mampu bertahan dan terus tergelincir. 

Itu merupakan satu pengajaran yang mesti diambil iktibar. Dan sekiranya pada PRU16, UMNO masih terus mengabaikan generasi ini, jangan terkejut sekiranya prestasi UMNO akan jauh lebih buruk. 

Pastinya ahli UMNO tidak mahu perkara ini berlaku. Itu sebabnya saranan Tok Mat perlu dilaksanakan segera dan jangan terus hilang sebaik sahaja PAU kali ini tamat.  

Sebenarnya apa yang disarankan oleh Tok Mat merupakan satu realiti yang perlu diambil berat oleh ahli UMNO semua. 

Persada maya yang dikawal dan dikendalikan oleh generasi muda hari ini merupakan ruang lingkup dan gelanggang untuk masyarakat hari ini menyatakan segala kerisauan, rasa tidak puas hati dan apa yang terpendam di hati. 

Bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan, di ruang mayalah, semua orang boleh bersuara dan menggunakan hak demokrasi mereka. Itu sebabnya UMNO perlu menggunakan ruang ini yang dikendalikan oleh Gen Z bagi mengatasi segala fitnah dan serangan lawan.

Dalam hal ini, kita semua tahu yang serangan fitnah adalah lebih berhasil dan memberi impak sekiranya dilakukan di persada maya.  

Dan memandangkan pada hari ini, terlalu banyak serangan fitnah daripada pihak-pihak yang mengaku mereka adalah golongan yang paling suci di Malaysia, maka UMNO memerlukan gerakan media sosial yang kuat untuk mempertahankan diri dan kemudian membuat serangan balas.

Apa kata, saya cadangkan selepas PAU ini, satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh UMNO untuk menubuhkan pasukan pemasaran dan kempen yang diketuai oleh Gen Z dan milenial. 

Perkara ini mesti dilaksanakan segera. Pasukan ini akan menangkis segala serangan fitnah dan membalasnya dengan fakta dan ilmu pengetahuan yang bernas.

Golongan yang sering menabur fitnah ini juga merasakan yang Islam adalah milik mereka secara mutlak dan menggunakan Islam untuk memecahbelahkan lagi perpaduan di antara kita. 

Golongan ini sangat merbahaya apabila menggunakan sentimen dan naratif bahawa Islam hari ini sedang diancam dan mesti diselamatkan dengan apa cara sekalipun. 

Perkara ini juga sebenarnya telah disentuh oleh Tok Mat yang menjelaskan landskap politik Melayu di negara ini menyaksikan kemunculan “politik toksik dan batil “ pada skala yang luar biasa. 

Dan mereka menggunakan media sosial untuk terus menyebarkan rasa kebencian kepada UMNO serta Kerajaan Perpaduan.

Itu sebabnya juga saya sangat tertarik dengan saranan Tok Mat bahawa UMNO mesti kembali menjadi ketumbukan politik yang rasional dan menjadi armada untuk memerangi politik kotor lagi bertoksik ini. 

Ahli UMNO bukan sahaja perlu  memahami apa yang dikatakan oleh Tok Mat, bahkan yang lebih penting ialah melaksanakan saranan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden UMNO ini.

Perlu diingatkan bahawa perjalanan masih jauh untuk UMNO kembali ke zaman gemilang. 

Dan inilah masanya UMNO memerlukan ahli-ahlinya untuk terus bersatu dan memainkan peranan yang lebih aktif, dinamik dan bermakna untuk memacu UMNO kembali ke jalan kejayaan.

Penulis adalah penganalisis politik

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This