MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) menyambut baik Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang diperkenalkan kerajaan bagi mencapai matlamat memperkasakan ekonomi usahawan Bumiputera untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.
Sehubungan itu, MPM akan menubuhkan Sekretariat PuTERA35 MPM yang akan dihubungkan dengan Sekteratariat Induk PuTERA35 ditubuhkan kerajaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan memudahcara pembabitan dan sumbangan semua pihak terlibat.
Langkah itu diumumkan MPM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sempena Rantau MPM ke-26 di Kuala Lumpur hari ini yang membincangkan mengenai PuTERA35 dan usaha menjayakannya selaras dengan usaha MPM membangunkan ekonomi golongan Bumiputera di negara ini.

“Sebagai penggerak utama dan benefisiari kepada PuTERA35, kami Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC), terima, sambut baik dan perakui pelan itu dengan penuh kesyukuran,” kata kenyataan itu.
Dalam Randau MPM Ke-25 sebelum ini, satu Memorandum KEB 2024 telah dihasilkan yang kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi MARA, serta sesalinn untuk Perdana Menteri yang mengandungi pelbagai cadangan pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Dapatan daripada penganjuran KEB tersebut yang berasaskan kepada 10 Kluster didapati turut dibukukan dalam Pelan PuTERA35 dan kebanyakan dapatan itu konsisten dengan Memorandum MPM,” kata kenyataan itu.
Setiausaha Agung MPM, Profesor Datuk Dr Hasan Mad menjadi moderator kepada perbincangan di Randau hari ini yang turut dihadiri Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia UKM, Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali; Yang DiPertua Usahanita Malaysia, Datuk Faridah Jabbar dan
Ketua Biro Tanah Simpanan Melayu, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Che Ibrahim Che Idris.
Menurut MPM, Randau hari ini memfokus kepada lima perkara utama:
I. Misi, Teras, Fokas Utama & Perlaksanaan
II. Memahami, menghayati & menjuarai tema PuTERA35 iaitu Penyertaan, Pemilikan , Penguasaan
III. Membicarakan Projek Tumpuan 1: Pembangunan Koridor Warisan KL
IV. Menjuarai Projek Tumpuan 2: Perbadanan TSM & Projek50- ekar @ Bandar Malaysia
V. Penubuhan Sekretariat PuTERA35 MPM yang akan membantu BEC @ MPM menyediakan Pelan Tindakan 10-tahun bagi menterjemah hasrat dan aspirasi terkandung dalam PuTERA35.
MPM juga menyatakan bagi memastikan kejayaan perancangan PuTERA35, tiga inisiatif penting perlu dijadikan keutamaan, iaitu:
A. Bina-upaya Bumiputera (4 Program)
B. Tanggung-jawab Institusi Pengupaya Utama (7 Program)
C. Penerokaan ekonomi baru/diperbaharui dipacu teknologi &bakat (2 Program)
“Bagi menguatkan semangat BEC, kami di MPM akan angkat kembali semangat dan dapatan Himpunan Renaisans & Perpaduan Melayu 2015 yang tema ‘Hebat Bermaruah & Diberkati’ bag mencapai cita-cita memajukan masyarakat Melayu ke seluruh dunia,” katanya.
Kenyataan itu menyatakan, warga dan sekutu MPM yang menghadiri Randau hari ini juga dipelawa menganggotai Malay Forum 2.0, sebagai penggerak utama Gelombang Renaisans Melayu 2.0, bagi meneruskan perjuangan generasi terdahulu.
“Bagi kami semua, Pelan PuTERA35 ini adalah petunjuk dan pedoman kepada Gelombang 2.0 itu. Juga mustahak, dalam masa 10 tahun yang diunjurkan itu (2024-2035), masyarakat Bumiputera wajib mampu hasilkan ‘The Golden Generation’ nya sendiri yang akan jadi juara di pentas dunia.
Randau hari ini membuat kenyataan, waaddan tuntutan berikut:
I. Kenyataan Pemimpin:
Ketiga-tiga pemimpin berucap dan berusaha cuba memberi inspirasi kepada masyarkat bumiputera untuk bangkit untuk bangkit kerana telah mempunyai pelan transformasi, visi dan misi yang jelas.
II. Waad Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC):
- BEC wajib hasilkan Pelan Tindakan 10-tahun masing-masing(2024-2035)
- BEC wajib lahirkan The Golden Generation yang cemerlang & terbilang
- BEC wajib lebih bernafsu untuk jadi Hebat, Bermaruah & Diberkati.
- BEC wajib julang Tema PuTERA35: Penyertaan, Pemilikan, Penguasaan
III. Hendaknya:
- ICU-MARA berperanan cemerlang dan terbilang, selaraskan perlaksanaan serta penyampaian agenda Bumiputera ini;
- Semua institusi pengupaya kemajuan masyarakat Melayu mempunyai minat yang tinggi dalam memjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

