Hubungan istimewa hanya bertahan tiga hingga enam bulan, ALVN dedah sukar mencari cinta

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon tersohor kelahiran Malaysia, ALVN, bakal merealisasikan salah satu impiannya yang terbesar apabila melancarkan album studio penuh bertajuk Between The Lines.

Pengenalan ini dimulakan dengan sebuah lagu berjudul Rescue Me yang digubah oleh Hyuk Shin dan Seann Bowe bersama lirik nukilan Bowe serta ALVN sendiri. 

Lagu ini, yang disusun oleh CUURLEY dan juga diterbitkan oleh Hyuk Shin, menceritakan tentang sesuatu yang sangat peribadi dan dekat dengan hati ALVN.

“Lagu ini berkisar tentang kesedaran bahawa cinta bukan untuk anda, terutamanya ketika melihat orang lain seperti rakan-rakan rapat anda jatuh cinta, berkahwin, dan mempunyai anak. Ini kerana setiap kali anda cuba untuk menjalinkan hubungan, ia seakan-akan tidak bertahan lama.

“Secara peribadi, tiada satu pun hubungan istimewa saya yang lalu, yang bertahan lebih dari setahun. Ia biasanya bertahan sama ada tiga, empat atau enam bulan sahaja.

“Jadi, selepas beberapa pertemuan, saya mula mempersoalkan diri sendiri dan bertanya mengapa ia begitu sukar bagi kita tetapi begitu mudah bagi orang lain untuk mencari cinta. Itulah cerita dan inspirasi di sebalik lagu ini,” kata ALVN mengenai lagu tersebut.

Tambahnya lagi, situasi-situasi ini jelas digambarkan dalam lirik lagunya, terutama dalam pra-korus dan korus lagu tersebut.

“People just float by nobody stays, why is it always this way. Yang bermaksud, orang hanya berlalu pergi, tiada siapa yang kekal, mengapa ia selalu begini?.

“I’ve been trapped in this place too long”, “It’s like heaven build a prison for me,” Ini bermakna anda rasa seperti terperangkap di satu tempat terlalu lama.

“‘Syurga sebenarnya membina penjara untuk anda’ nyanyian korus lagu tersebut. Saya rasa anda akan mula rasa bahawa tidak kira apa yang anda lakukan atau apa cara yang anda cuba untuk mencari cinta atau merasai cinta, ia seakan mustahil.

“Oleh itu, saya rasa ramai orang boleh mengaitkan diri dengan lagu ini atau sekurang-kurangnya saya berharap ramai orang boleh merasai maksud lagu ini. Saya tahu ramai orang di sekitar saya yang masih bujang dan masih berjuang untuk mencari pasangan mereka, jadi saya yakin ramai orang boleh merasakan perkara yang sama seperti saya. Oleh itu, jika mereka boleh merasai maksud cerita ini, harapnya mereka akan menyukai lagu ini,” jelasnya.

Menurut ALVN, dia menulis lagu tersebut bersama Hyuk Shin dan Seann Bowe di Los Angeles.

“Kami bertemu pada hari pertama saya tiba dan kami terus mula menulis dan berbincang. Setelah bertukar-tukar idea dan pengalaman hidup, kami meneruskan rakaman dan menyiapkan lagu tersebut pada hari kedua.

“Kami hanya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan keseluruhan lagu,” kata ALVN mengenai proses penulisan.

ALVN juga menyatakan bahawa dia menikmati waktu bekerjasama dengan Hyuk Shin dan Bowe kerana mereka adalah pemuzik yang berpengalaman dan sangat seronok untuk bekerja bersama.

Apabila ditanya tentang album dan mengapa ia dipanggil Between The Lines, ALVN berkata ia sebenarnya cara untuk pendengar mengenali dirinya dengan lebih baik.

“Saya menulis bersama kebanyakan lagu, dan ada sekitar lima lagu yang saya terlibat. Saya menulis kebanyakan lagu dan jika anda boleh membaca Between The Lines’, anda mungkin akan mengenali saya dengan lebih baik.

“Ini kerana dari lagu pertama hingga kelapan, lagu-lagu tersebut menceritakan kisah jatuh cinta untuk pertama kali, kemudian jatuh cinta dengan rakan baik anda dan ingin bertemu merekauntuk satu malam lagi.

“Kemudian anda ingin melakukannya sekali lagi, dan akhirnya mengalami masalah komunikasi sebelum akhirnya patah hati. Ia adalah satu perjalanan kitaran emosi,” jelas ALVN dengan terperinci.

Dia tidak mempunyai banyak harapan untuk album tersebut kerana dia hanya ingin memperkenalkan muziknya sendiri dan berharap dapat mempersembahkannya di masa depan serta berkongsi pengalaman hidupnya dengan orang-orang yang menyukai muziknya.

Single Between The Lines sudah mula dilancarkan di semua platform media digital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This