Kuala Lumpur wajar berpindah ke lokasi bukan lembah – Puad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan lokasi ibu kota negara dipindahkan berikutan kedudukan Kuala Lumpur yang terletak di kawasan lembah.

Katanya, Malaysia perlu mengambil contoh Indonesia yang membuka ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan, jauh daripada ancaman bencana alam.

“Kuala Lumpur ibu kota Malaysia. Ia kawasan lembah. Kerap banjir seperti di World Trade Centre (WTC). Apa ‘solution’. Apakah ada pemeriksaan profesional berkala terhadap struktur tanah dan bangunan?

“Tidak lama lagi kita ditinggalkan jauh oleh Indonesia. Mereka ada ibu kota baru ‘Nusantara’. Jakarta pindah ke Kalimantan yang jauh dari ancaman gempa bumi.

“Maka Kuala Lumpur wajar pindah ke tempat baru yang bukan lembah dan jauh dari ancaman banjir dan jerlus,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Dadah bernilai RM2.35 juta dirampas, dua ditahan

Terdahulu, operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India ditangguhkan malam tadi dengan pencarian di dalam enam lurang kumbahan tidak membuahkan hasil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pencarian dalam dua lurang kumbahan terakhir dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam yang selesai pukul 7 malam juga tidak menemukan mangsa.

Sebelum ini media melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga asing yang terjatuh ke dalam lubang benam diteruskan selepas lebih 24 jam hilang dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.

Sulizmie Affendy dilaporkan berkata, operasi diperluaskan lagi membabitkan enam lurang pembetung di sekitar ibu negara.

Enam lokasi terbabit di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This