KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas parti politik dipercayai DAP yang mengkritik Program RXZ Members Ride 3.0 yang berlangsung di Melaka, semalam.
Menurut Muhamad Akmal, DAP dilihat cuba menjadi ‘juara’ mengkritik program tersebut tetapi hanya mendiamkan diri apabila timbul isu pemandu mabuk.
“Macam mana kita nak orang hormat hak kita,mcm itu juga kita patut hormat hak orang lain. Ada yang puji dan juga ada yang kecam penganjuran himpunan RXZ semalam.
“Yang kecam sebab ada segelintir peserta yang tidak mematuhi peraturan jalan raya,dengan langgar lampu isyarat dan ada yang menunggang dengan bertentangan arah.
“Itu saya setuju dan patut ditegur dan dikecam kerana itu melibatkan keselamatan nyawa penunggang dan orang lain,” katanya.
Baca artikel lain: DAP Melaka kecam Program RXZ Members Melaka, ganggu ketenteraman awam
Muhamad Akmal begitupun berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang membuat kesimpulan bahawa penganjuran program itu teruk secara keseluruhannya.
Katanya, lebih ramai peserta yang menunggang dengan baik dan berhemah berbanding orang yang menyalahi undang-undang di jalan raya.
Selain itu, katanya, banyak hotel yang mendapat tempahan serta banyak peniaga kecil yang mendapat keuntungan.
“Dan apa yang lebih penting adalah bagaimana kita meraikan jiwa dan minat kawan-kawan tentang permotoran ini. Dalam setahun ada 365 hari, dua hari ini sahaja kita bagi kawan-kawan yang minat dunia permotoran ini untuk mereka berkumpul dan kita meraikan mereka.
“Sama juga jika musim perayaan, baik Hari Raya Puasa, Deepavali mahupun Tahun Baru Cina, kita semua faham sahaja apabila bunyi mercun yang kuat pada malam raya, dan kita boleh terima dan hormat kenapa mercun dibakar pada malam tersebut, melainkan jika ia mendatangkan bahaya kepada orang lain maka tindakan perlu diambil,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

