5,000 pengunjung ‘membanjiri’ sambutan Hari Air Sedunia 2026 di Melaka

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LEBIH 5,000 pengunjung hadir ‘membanjiri’ sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 peringkat kebangsaan yang berlangsung  di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, hari ini.

Tema HAS kali ini ialah ‘Air Milik Semua’ yang membawa mesej bahawa air perlu diurus secara inklusif dan holistik.

Pegawai Syarikat Air Melaka, Mohd Firdaus Razali (kiri) menunjukkan demonstrasi ujian kualiti air bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan air bersih dan selamat pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Sambutan HAS yang diraikan pada setiap tahun sejak penetapan United Nations Conference on Environment and Development (UNCED) pada 1992 merupakan platform penting dalam meningkatkan kesedaran global terhadap kepentingan pengurusan sumber air secara mampan. 

Semasa majlis, peluncuran ‘Dasar Air Negara’ yang menyediakan hala tuju, prinsip serta kerangka utama yang menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) turut berlangsung disusuli dengan penyampaian anugerah pelbagai kategori bagi mengiktiraf organisasi, komuniti dan individu dalam sektor air.

Sebahagian daripada orang ramai memenuhi ruang pameran berkaitan pengurusan sumber air negara pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof, dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sambutan HAS merupakan gerakan advokasi nasional yang menyatukan sektor awam, swasta, akademia dan komuniti dalam memelihara khazanah air negara. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Fadillah Yusof menyampaikan Anugerah Komuniti Prihatin Air (Kategori Komuniti Awam) kepada Abdullah Mahat sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, peranan aktif dan berterusan pelbagai pihak adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) merentasi semua sektor secara efektif.

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan air melalui sambutan Hari Air Sedunia amatlah penting kerana ia menjadi pemangkin kepada tindakan bersama dalam memastikan kemampanan sumber air bersih negara untuk menjamin kesejahteraan generasi kini serta memastikan warisan air bersih terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Orang ramai turut memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan dengan menyertai pelbagai acara sukan rakyat dan sukan pantai yang dianjurkan dalam suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Seorang daripada pengunjung, Meor Hakimi Meor Hashim, 42 tahun, berkata, sambutan HAS dilihat sebagai platform penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai makna sebenar kepentingan menjaga air.

Berasal dari Perak, beliau berpandangan, masih ramai yang tidak menyedari peri pentingnya menjaga air terutama sekali dari aspek kebersihan.

Meor Hakimi Meor Hashim,42.

“Sebagai contoh, pembuangan sampah merata-rata di kawasan sungai. Kita mahu sumber air yang bersih.

“Apabila sungai kotor, ia akan menyebabkan banyak penyakit berlaku. Kesedaran itu perlu ditingkatkan lagi dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai inisiatif transformasi sektor air negara di reruai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam nada yang sama, Nik Nur Atira Nik Ibrahim, 32 tahun, berkata, program HAS memberi pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya air untuk masyarakat dan masa hadapan.

Katanya, sekiranya tercemar, generasi akan datang tidak mampu menikmati sumber air yang bersih seperti yang ada ketika ini.

Nik Nur Atira Nik Ibrahim,32

“Jadi, kita perlu melakukan usaha yang lebih mapan untuk menjaga air seperti membaiki pili air yang rosak. Ini bagi mengelakkan air daripada terus menitis keluar.

“Selaij itu, kita juga boleh melakukan penjimatan dengan mengawal kuantiti air yang digunakan setiap kali membasuh tangan “ katanya.

Pelbagai aktiviti sukan rakyat dan sukan pantai menjadi tarikan pengunjung sekali gus mengeratkan hubungan komuniti dan memupuk gaya hidup sihat pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Ain Nabilah Kamarul Ariffin, 21 tahun, berkata, HAS 2026 kali ini menyajikan pelbagai program menarik seperti ‘H2O treasure hunt’.

Katanya, beliau juga mendapat pemahaman lebih jelas tentang penjagaan air dan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan seharian semua orang.

Ain Nabilah Kamarul Ariffin,21

“Kita memerlukan air untuk makanan dan juga minuman. Ia juga penting untuk ekosistem kita seperti biodiversiti ikan, ketam dan lain.

“Jadi, antara langkah yang saya lakukan adalah tidak mandi terlalu lama, apabila paip rosak saya akan memastikan tiada air yang mengalir untuk mengelakkan pembaziran,” katanya.

Si cilik tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara “puzzle” di reruai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pelbagai aktiviti sukan rakyat dan sukan pantai menjadi tarikan pengunjung sekali gus mengeratkan hubungan komuniti dan memupuk gaya hidup sihat pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada orang ramai memenuhi ruang pameran pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan bukan sahaja menampilkan pameran berkaitan air, malah turut dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan rakyat dan sukan pantai yang mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This