KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menghormati keputusan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal meletakkan jawatan sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Menurut Ab Rauf, sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Negeri Melaka, setiap keputusan berkaitan pentadbiran negeri perlu dibuat secara bijak, matang dan berpaksikan kepentingan rakyat Melaka secara keseluruhan.
“Saya menghormati semangat dan cara YB Merlimau ‘berkarya’ dengan roh dan idealisme Pemuda yang lantang, berani dan penuh semangat perjuangan.
“Saya menantikan surat rasmi peletakan jawatan daripada Muhamad Akmal Saleh.
“Sama ada peletakan jawatan ini diterima atau sebaliknya, ia adalah prerogatif mutlak saya sebagai Ketua Menteri Melaka, selaras dengan peruntukan dan amanah yang diberikan oleh parti serta rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa minggu hadapan.
Keputusan itu dinyatakan Muhamad Akmal ketika ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025, hari ini.
Menurut Muhamad Akmal, langkah dilakukannya itu selari dengan pendiriannya membawa suara akar umbi yang resah dengan hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

