Budak 8 tahun mati didera: Bapa tiri, ibu kandung didakwa membunuh

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BAPA tiri dan ibu kandung yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan sehingga meninggal dunia pada dua minggu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah, Norfazira Radzi, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Pengakuan tidak direkodkan oleh mahkamah memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju hitam ketika dibawa ke mahkamah sekadar mengangguk faham sejurus pertuduhan itu dibacakan ke atas mereka.

Seorang bapa tiri, Mohamad Zulhelmy Amirrudin,29, (gambar) bersama isterinya Norfazira Radzi,30, didakwa membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafizie berusia lapan tahun pada 17 ogos lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam kejadian itu, hubungan mangsa terbabit merupakan anak kandung sulung kepada Norfazira dan anak tiri kepada Mohamad Zulhelmy.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka secara bersama-sama didakwa telah membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize yang berusia lapan tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, dekat Rawang antara jam 11.51 pagi sehingga 3.51 petang pada 17 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh berdepan hukuman mati, atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izariah Zainal manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Norfazira Radzi,30, bersama suaminya, Mohamad Zulhelmy Amirrudin,29, didakwa membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafizie berusia lapan tahun pada 17 ogos lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Sebelum ini pada 18 Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ditemui maut dengan kesan kecederaan disyaki didera di Bandar Tasik Puteri di Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati terdapat kecederaan pada tubuh badan mangsa dipercayai dilakukan menggunakan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju, dan senjata tumpul.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu, dan lutut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This