Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

PRESIDEN UMNO, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung isu pendakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa pendakwaan terhadap Muhyiddin adalah tergesa-gesa menunjukkan ‘belang’ sebenar parti berkenaan.

“Kalau mereka (siasatan terhadap pemimpin Bersatu) tergesa-gesa (tapi) kalau kena dekat saya, oh ini satu siasatan yang sangat komprehensif.

“Ini realiti yang bila anda buat salah, siasatan telah dilakukan, AG (Peguam Negara) mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mendakwa.

“Saya dulu didakwa sebelum siasatan selesai. Itu sebab di dalam saya menghadapi pertuduhan itu, pindaan dibuat terhadap pertuduhan itu. Tiada pula dia kata kerajaan berlaku adil.

“Bila kena dekat mereka, kerajaan tidak adil, double standardlah… janganlah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Semalam, Bersatu mendakwa siasatan politik berhubung ucapan Muhyiddin, ynag dikatakan menyentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, telah dilakukan secara tergesa-gesa.

Ahmad Faizal dilaporkan berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbul banyak lagi persoalan.

Hari ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang.

Media sebelum ini melaporkan polis menyiasat laporan dibuat terhadap Muhyiddin mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram