KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan peningkatan nilai eksport durian segar kepada RM1.8 bilion menjelang tahun 2030.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu melihat sasaran berkenaan mampu dicapai susulan daripada keupayaan dimiliki negara dalam menghasilkan buah yang mendapat permintaan tinggi tersebut.
“Berdasarkan pemerhatian saya durian segar dari Malaysia berada dalam segmen buah premium yang dijual jauh lebih mahal berbanding buah durian yang diimport dari negara Thailand dan Filipina.
“Insya-Allah sasaran kementerian nilai eksport durian segar secara keseluruhan akan meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang tahun 2030 dapat dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Fahmi tinjau lokasi cari mangsa tanah jerlus di kawasan kemudahan IWK
Ketika ini, 40 metrik tan (MT) durian segar meliputi jenis Musang King, Black Thorn, D24 dan IOI dari lapan syarikat pengeksport dihantar ke China menerusi tiga fasa.
Fasa pertama adalah sebanyak 15MT, fasa kedua berjumlah 10MT, manakala selebihnya untuk fasa ketiga.
Durian segar itu dieksport ke China susulan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China, antara Mohamad dan Menteri Pentadbiran Am Kastam China (GACC) Yu Jianhua pada 19 Jun lalu di Putrajaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

