INSIDEN tanah mendap baharu berdekatan Pondok Polis Jalan Masjid India telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air sebagai langkah keselamatan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan segera juga telah diambil dengan penglibatan pihak Indah Water Konsortium (IWK).
Menurut DBKL, IWK ketika ini sedang memeriksa paip kumbahan di lokasi tersebut serta kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada kerosakan lanjut.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif memaklumkan, DBKL akan terus memantau keadaan itu dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam menjadi keutamaan.
“Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi-agensi lain untuk memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku di masa hadapan.
Baca artikel lain: Tanah mendap berlaku berdekatan lokasi tanah jerlus Jalan Masjid India
“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur adalah keutamaan kami,” katanya dalam kenyataan sama.
Terdahulu, kejadian tanah mendap baharu dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi.
Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.
Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

