MCMC jalankan Survei Kepuasan Pelanggan Penyiaran Persendirian

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan Survei Kepuasan Pelanggan Penyiaran Persendirian 2024 (CSS-B 2024) secara dalam talian dan panggilan telefon bermula semalam hingga 31 Disember ini.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan survei itu bertujuan mengumpul data bagi mengukur kualiti pengalaman dan persepsi pengguna terhadap penyampaian perkhidmatan penyiaran persendirian di Malaysia.

Untuk penyertaan secara dalam talian, orang ramai berumur 15 tahun dan ke atas dijemput menjawab survei ini dengan melayari pautan di https://survey.zohopublic.com/zs/ON06dz.

“Data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL (Secure Socket Layer), disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan.

Baca artikel lain: Waspada panggilan menyamar pegawai MCMC

“Responden disarankan untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer bagi melindungi privasi setelah menjawab survei ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, tujuan survei ini adalah untuk pengumpulan data sahaja dan tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit atau debit atau maklumat bank akan dikutip.

“Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan secara sukarela namun penglibatan orang ramai amat dihargai,” menurut kenyataan itu.

Sebarang perubahan tempoh survei akan diumumkan di laman sesawang www.mcmc.gov.my.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This