‘Najib tak pernah jumpa saya minta supaya dibebaskan’ – Ismail Sabri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah meminta dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan orang nombor satu negara.

Ismail Sabri memberitahu, bekas Presiden UMNO itu hanya mahu perbicaraan beliau di mahkamah dijalankan secara adil dan saksama tanpa sebarang elemen berat sebelah.

Justeru, katanya, sekiranya ada pihak dalam kalangan pemimpin atau ahli UMNO yang menganggap beliau sebagai mengkhianati parti susulan daripada tindakan tidak membela Najib adalah tidak betul.

“Kes Datuk Seri Najib bermula dari zaman Tun M, disiasat dan akhirnya dihadapkan ke mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Waktu saya jadi Perdana Menteri kes ini di peringkat Mahkamah Rayuan. Saya sebagai Perdana Menteri tak boleh nak masuk campur dalam urusan mahkamah, saya hormat kepada pengasingan kuasa.

“Ramai orang luar tak tahu yang Najib tak pernah jumpa saya minta supaya dibebaskan, dia kata saya hormat kepada mahkamah.

“Cuma dia minta daripada saya satu beri dia perbicaraan yang adil, itu sahaja,” katanya dalam temu bual podcast Keluar Sekejap.

Baca artikel lain: Mesej minta derma untuk rakyat Palestin: PM ingatkan orang ramai waspada

Pada masa sama, Ismail Sabri turut menjawab persoalan mengapa tidak dilantik Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara dalam kalangan ‘orang kita’ bagi mencari jalan untuk membebaskan Najib.

Beliau menegaskan tindakan tersebut tidak boleh diambil kerana ia memberi kesan tak baik kepada keyakinan pelabur yang akhirnya mempengaruhi prestasi ekonomi negara.

“Sebagai Perdana Menteri mesti fikir jauh daripada itu, kalau mahkamah kita mengikut persepsi orang luar boleh disusun, tiada siapa yang akan datang melabur di negara kita.

“Saya cakap pelabur-pelabur takkan datang, sebab kalau pelabur kena tipu di sini dia nak hadap ke mana? Mahkamah di Malaysia sudah tidak boleh pakai.

“Negara jiran dulu pernah semuanya boleh diatur, waktu itu dia mengalami masalah kemasukan FDI, kita bergantung kepada FDI, kalau mahkamah dikawal oleh kerajaan tiada siapa yang akan percaya kepada kita,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This