Dua atlet terjun wanita Terengganu teruskan latihan di Sekolah Sukan Malaysia – Hannah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA atlet wanita dari Terengganu yang menyertai acara terjun dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak baru-baru ini akan meneruskan latihan harian mereka di Sekolah Sukan Malaysia seliaan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan, Pengarah Teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas telah mengenal pasti dua atlet wanita tersebut untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis pada tahun hadapan.

Menurut Hannah, kedua-dua atlet tersebut akan dipertimbangkan jika terus menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang.

“Saya percaya bakat mereka akan terus dikembangkan sebelum terpilih memasuki program di peringkat kebangsaan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Hannah turut berharap Kerajaan Negeri Terengganu tidak mendiskriminasikan pemberian insentif kemenangan kepada kedua-dua penerjun tersebut memandangkan mereka telah menyumbang pingat kepada kontinjen negeri Terengganu.

Beliau turut bimbang dengan arahan Kerajaan Negeri Terengganu untuk tidak membenarkan penglibatan atlet wanita dalam bidang tertentu.

“Untuk makluman semua, setiap peserta yang mewakili negeri di Sukma perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Negeri tertentu.

Baca artikel lain: Skuasy penting bagi Malaysia di Olimpik LA 2028 – Hannah

“Pihak Kementerian bimbang dengan arahan Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan penglibatan atlet wanita dalam bidang tertentu dikhuatiri akan merencatkan potensi ramai atlet muda yang terbukti mempunyai bakat, serta memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Sebelum ini, penyertaan dua atlet tersebut iaitu Uzlifatil Jannah Ashraf dan Ilyssa Ixora Imran mewakili Terengganu dalam Sukma Sarawak mencetus polemik kerana tidak mematuhi pemakaian patuh syariah ditetapkan untuk atlet negeri itu.

Wakil Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) kemudiannya membuat permohonan maaf kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Karim atas kesilapan menghantar atlet terjun wanita beragama Islam tanpa pengetahuan dan kebenaran kerajaan negeri.

Biarpun dilanda kontroversi, Uzlifatil Jannah dan Ilyssa Ixora tetap cemerlang meraih dua pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama wanita dan satu meter papan anjal.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula dilaporkan berkata, kedua-dua atlet tersebut tetap dipertimbang untuk menerima insentif ekoran kejayaan merangkul dua pingat gangsa.

Ahmad Samsuri berkata, bentuk insentif terbabit akan ditentukan selepas kerajaan negeri Terengganu menerima laporan penuh prestasi kontinjen negeri dalam temasya sukan dwitahunan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This