‘Bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja’, Abdullah Sani pertahan bawa senjata api

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya membawa senjata api ketika mengadakan sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam insiden yang tular di media sosial, Abdullah Sani yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berkata, beliau merupakan pemegang lesen senjata api sejak tahun 2012.

Menurut Abdullah Sani, senjata api itu tidak boleh ditinggalkan di sembarangan tempat.

Katanya, beliau akan sentiasa membawa senjata api itu ke mana sahaja pergi.

“Sebagai pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, senjata tersebut tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat dan hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya.

“Jadi, bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi,” katanya membalas ciapan pengguna media sosial di aplikasi X, hari ini.

Baca artikel lain: Nik Nazmi, Fahmi tarik diri tanding jawatan Presiden KLFA

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan Abdullah Sani membawa objek menyerupai pistol ketika menghadiri sidang media berkenaan.

Abdullah Sani memangku jawatan Presiden KLFA selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melepaskan jawatan pada Mac lepas.

Beliau sebelum itu adalah Timbalan Presiden KLFA selepas memenangi jawatan itu pada penggal sebelumnya.

Abdullah Sani adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal antara tahun 2008 hingga 2018.

Beliau kemudiannya menang di kerusi Parlimen Kapar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun 2018.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr Halimah Ali dengan majoriti 11,872 undi pada PRU-15 tahun 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This