Agihan Bihun Aqsa Keluaran Adabi Sempena Ulang Tahun Pertama,  Meraikan Anak Merdeka Di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Syarikat Adabi Trading House Sdn Bhd telah menyambut ulang tahun pertama Bihun Aqsa keluaran Adabi sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia RTM sambutan Ambang Kemerdekaan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kuantan baru-baru ini.

Turut sama hadir memeriahkan program, Pengurus Besar Adabi Kuantan Distribution Sdn Bhd, Abdul Rahim Mohd Nor. Pelbagai aktiviti menarik diadakan di booth Adabi antaranya pertandingan kopi tarik, penjualan produk Adabi serta yang paling istimewa aktiviti  memasak bihun goreng Aqsa sebanyak 1500 pax yang diagihkan kepada pelajar-pelajar di UMPSA.  

Pengurus Adabi Trading House, Mohd Yazid Md.Mokhsin (berdiri kiri belakang ) bersama Pengurus Besar Adabi Kuantan Distribution, Abdul Rahim Mohd Nor (berdiri kanan belakang) Wakil Adabi Yang Menjayakan Program Jelajah Aspirasi RTM & Sambutan Ambang Kemerdekaan UMPSA di Kuantan baru-baru ini.

Menurut Pengurus Adabi Trading House, Mohd Yazid Md. Mokhsin, program sebegini mendekatkan pelanggan dan pelajar-pelajar kepada produk Adabi terutama dalam memperkenalkan Bihun Aqsa, sekaligus menyemarakkan lagi sambutan merdeka.

Team Adabi bertungkus-lumus menyediakan bihun goreng untuk diagihkan kepada pelajar UMPSA.

“Kami rasa bersyukur, kerana penerimaan ramai terhadap bihun Aqsa yang semestinya berkualiti, sedap dan dijamin halal. Kami yakin kualiti bihun yang kami keluarkan adalah yang terbaik, sesuai digunakan bersama Perencah Bihun Goreng Adabi dan Serbuk Bihun Sup Adabi” katanya.

Bihun yang mudah dimasak dan dijamin kualitinya, semestinya Bihun Aqsa keluaran Adabi.

Tekstur bihun yang tidak mudah patah, mudah dimasak dan dijamin kualiti antara faktor utama Bihun Aqsa ini mesra pengguna dan mendapat sambutan luarbiasa. Harga pasaran Bihun Aqsa adalah RM3.80 untuk 350 gram (gm) dan boleh di dapati di pasaraya, Shopee, Lazada dan Emall Adabi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This