Sindiket ejen haram tumpas, tiga warga tempatan dipercayai dalang antara 8 ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU sindiket ejen haram berjaya ditumpaskan susulan penahanan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai merupakan dalang utama sindiket tersebut.

Selain tiga dalang utama warga tempatan itu, lima lagi individu warga asing turut diberkas dalam satu operasi khas di sekitar Lembah Klang sejak kelmarin.

Kesemua suspek yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket ejen haram itu berusia antara 22 hingga 42 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi yang bermula pada pukul 3.22 petang itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut beliau, operasi yang dijalankan sekitar Putrajaya, Puchong, Kelana Jaya dan Sungai Besi itu adalah berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu.

Ruslin memberitahu, lima individu warga asing yang ditahan adalah dua lelaki masing-masing warganegara Vietnam dan India yang dipercayai merupakan ahli sindiket.

Selain itu, dua wanita warga Vietnam dan seorang lagi wanita warga Sri Lanka turut ditahan.

“Semakan awal mendapati seorang lelaki warganegara Vietnam itu mempunyai pas yang masih sah laku, dua wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Sri Lanka telah tinggal lebih masa.

“Warganegara asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pekerja asing lari bertempiaran apabila Imigresen gempur restoran

Mengulas lanjut, Ruslin memberitahu, pihaknya turut merampas sebanyak 209 naskhah pasport pelbagai negara.

Katanya, ia merangkumi 131 naskhah pasport India, 22 pasport Sri Lanka, 18 pasport Bangladesh, 10 pasport Indonesia, 10 Vietnam, lapan pasport Nepal, enam (Pakistan) dan empat (Myanmar).

Pada masa sama, Jabatan Imigresen turut menyita sebuah kenderaan Proton X70, sebuah kenderaan Proton Exora, sebuah kenderaan Nissan Almera dan sebuah kenderaan Audi.

“Modus operandi sindiket adalah menyasarkan warganegara asing di sekitar Lembah Klang dengan menawarkan perkhidmatan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen berkaitan pasport dan pas seperti Pas Lawatan Sosial (PLS); Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS); Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dan visa.

“Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM500 hingga RM1,100 bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

kesemua warganegara asing itu ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3); Seksyen 15(4); Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63.

Ketiga-tiga warga tempatan pula ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This