PROGRAM pembangunan diusahakan kerajaan Terengganu tidak dapat berjalan dengan sempurna akibat sekatan terhadap bayaran royalti petroleum oleh kerajaan Pusat.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai syarat dikenakan terhadap permohonan royalti tersebut menyebabkan banyak perancangan yang telah siap dirangka tergendala.
“Lihatlah kesan kepada pembinaan kluster perumahan rakyat, bantuan kepada mereka yang ingin meneruskan perniagaan, bantuan sukan, belia, bengkel kemahiran dan bantuan kesihatan kepada pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) serta pendidikan.
“Termasuk juga apa yang ingin kita laksanakan iaitu (pembinaan) Pusat Ilmu Tafaqquh Fiddin sedikit sebanyak terganggu dan terencat akibat perbuatan mereka.
“Tidakkah mereka rasa sedikit perasaan ihsan dan sedar akan kelemahan yang telah mereka cipta ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Presiden FAM terima darjah kebesaran, kini bergelar tan sri
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Munajat Terengganu Sejahtera di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Jelas Ahmad Samsuri, program Munajat Terengganu Sejahtera yang disertai kira-kira 10,000 orang itu antara usaha dilakukan bagi memastikan urusan perundingan penyaluran royalti dipermudahkan.
“Bermula tahun 2023, terimaan royalti petroleum kita tersekat-sekat sehingga pelbagai projek yang dirancang dan akan dilaksana oleh kerajaan negeri termasuk program berkait dengan rakyat tidak dapat berjalan dengan sempurna.
“Saya tidak maksudkan mengenai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) dan bukan juga berkenaan projek ‘rolling plan’ di bawah pelaksanaan Kerajaan Persekutuan kerana ia berjalan seperti biasa,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

