Hak asasi, kebebasan perlu diiringi tanggungjawab bagi jamin keamanan negara – PM

Dari Penulis

HARUS ada kefahaman dan kecelikan dalam kalangan rakyat bahawa hak asasi dan kebebasan harus diiringi dengan tanggungjawab bagi menjamin keamanan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebebasan jika tidak dikawal dengan undang-undang akan menjadikan negara porak-peranda, terutamanya apabila menyentuh isu berkaitan dengan keganasan atau menimbulkan ketegangan kaum.

“Apa pun alasan, dan kalau pun saya diserang oleh media antarabangsa, saya tidak akan tolak ansur untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara ini,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Suhakam ke-25, pada Isnin.

Baca artikel lain: Budak lelaki 14 tahun meninggal dunia ketika main bola sepak

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Anwar berkata, rakyat harus faham bahawa tindakan harus diambil jika terdapat pihak yang mempertikai isu seperti yang berkaitan dengan 3R (kaum, agama, raja) yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This