Tanah runtuh: Dua pekerja maut tertimbus ketika korek longkang

Dari Penulis

DUA pekerja maut tertimbus sedalam 0.3 meter dalam kejadian tanah runtuh ketika kerja-kerja mengorek longkang di Tapak Pembinaan Elmina Ridge, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.29 pagi.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Muhammad Firdaus Zainudin memaklumkan kejadian melibatkan dua orang mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit dengan kedalaman 0.3 meter.

“Kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembinaan longkang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 11.12 pagi manakala mangsa kedua dikeluarkan pada pukul 11.35 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku semasa tiga orang pekerja sedang melakukan kerja pemasangan konkrit longkang.

Katanya, secara tiba-tiba tanah di tepi longkang telah runtuh dan menyebabkan dinding konkrit longkang patah lalu tertimpa ke atas seorang pekerja dan seorang lagi tertimbus dalam runtuhan tanah.

“Sementara seorang lagi pekerja tidak  mengalami sebarang kecederaan. 

“Akibat kejadian, dua pekerja warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun  telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi,” ujarnya.

Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Zainol di talian 012-578 1435.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This