AHLI Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberitahu tidak pernah mempersoalkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk dalam hal pematuhan sijil halal.
Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, sebagai seorang wakil rakyat, beliau berhak untuk menyuarakan kebimbangan dan masalah rakyat berbilang kaum.
“Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyiarkan masalah rakyat dan saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Baca artikel lain: PM akui peranan komuniti Cina pembangunan ekonomi, sosio ekonomi
“Saya tidak mempersoalkan mengenai sijil halal, peranan Jakim dan agama Islam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian sejurus selesai diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), kira-kira dua jam, hari ini.
Teresa berkata, beliau tetap akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan itu namun mengharapkan semua pihak bertenang.
“Saya harap isu ini akan tenang, reda kerana banyak pihak sudah menyatakan pandangan mereka masing-masing,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

