SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC), telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap tiga perusahaan atas pelanggaran seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida yang melibatkan enam tender kerja-kerja penyenggaraan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPJ).
Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah keseluruhan tender berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta yang melibatkan dua tender pada 2018, tiga tender pada 2019 dan satu tender pada 2021.
Jelasnya, pada peringkat Keputusan Cadangan itu, mendapati bahawa kesemua kontraktor berkenaan telah melakukan aktiviti kartel tipuan bida melalui perjanjian dan amalan bersepadu untuk menetapkan harga bidaan mereka, berkongsi maklumat bidaan serta menyelaraskan penyediaan dan penyerahan bidaan mereka.
“Penting untuk ditekankan bahawa Keputusan Cadangan yang diisukan oleh MyCC adalah dapatan awal. Maka, tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan yang dinyatakan di atas telah melanggar Akta 712 pada peringkat ini.
“Seperti yang diperuntukkan dalam Akta 712, kontraktor-kontraktor yang dinamakan dalam Keputusan Cadangan ini telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan oleh MyCC,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perusahaan-perusahaan berkenaan diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan.
Katanya, selepas itu, perusahaan-perusahaan yang sama juga diberi peluang untuk membentangkan representasi lisan masing-masing kepada MyCC pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Beliau menambah, MyCC hanya akan mengeluarkan Keputusan Akhir selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan-perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses penyiasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

