Laporan pensijilan halal sedia dibentangkan di jemaah menteri – Mohd Na’im

Dari Penulis

LAPORAN berkenaan cadangan mewajibkan pensijilan halal seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri, minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya kini sedang melengkapkan draf laporan berkenaan.

“Antara perkara yang kita akan bentangkan termasuk berkaitan cadangan mewajibkan persediaan halal, sebab yang itu akan melalui proses agak panjang, saya sebut dalam konteks sebab kita punya dasar pensijilan halal sekarang adalah secara sukarela.

“Jadi kita nak tengok kemungkinan kalau boleh pensijilan halal ini diwajibkan sebab ada kegusaran dan juga kebimbangan dalam kalangan orang Islam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos – PGA

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini mengarahkan Mohd Na’im melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal untuk setiap premis makanan itu dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Isu pensijilan halal menjadi polemik baru-baru ini selepas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, dilaporkan berkata, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This