Fadillah ketuai Malaysia ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN, bakal ketengah inisiatif APG

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA akan mengetengahkan inisiatif ASEAN Power Grid (APG) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 yang bakal berlangsung di Vientiane, Laos pada 26 hingga 27 September ini.

Delegasi Malaysia bakal diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof.

PETRA dalam kenyataan memberitahu, kehadiran Fadillah membuktikan komitmen dan sokongan negara dalam menjayakan agenda ASEAN selain sebagai persediaan ke arah Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

Jelasnya, selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat AMEM ke-42, Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam pelbagai isu di bawah bidang tenaga antaranya inisiatif APG bagi memacu peralihan tenaga negara dan ASEAN.

“Agenda (lain) pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih, khususnya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk
Perindustrian Baharu (NIMP).

Baca artikel lain: Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 5.0 skala Richter

“Perbincangan akan memberi fokus kepada dasar dan hala tuju, pembangunan infrastruktur, pelaksanaan program dan aktiviti, perkongsian maklumat dan teknologi serta kepakaran dalam bidang tenaga di kalangan negara anggota ASEAN,” katanya hari ini.

Mesyuarat AMEM merupakan satu landasan strategik bagi mengumpulkan kesemua pemegang taruh dan pihak berkaitan dengan industri tenaga di rantau ASEAN.

Ia turut disertai rakan-rakan dialog dan organisasi tenaga antarabangsa untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan sektor tenaga secara holistik di rantau ASEAN.

PETRA menambah, perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif-inisiatif progresif oleh Malaysia mampu memberikan gambaran positif mengenai komitmen serta potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, Fadillah akan mengadakan perbincangan dua hala dan pelbagai hala dengan Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan negara rakan-rakan dialog serta ketua-ketua organisasi antarabangsa tenaga.

“Peluang ini akan dimanfaatkan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan serta membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan berhubung dasar-dasar negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This