POLIS kini memburu 10 ke 12 suspek yang terlibat dalam kejadian samun menggunakan parang di Jalan Jagong, Pandamaran dekat Klang pada 5 pagi tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7358
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 6.16 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek seramai 10 ke 12 orang dipercayai warga tempatan telah sampai di hadapan rumah pengadu jenis banglo tiga tingkat dengan menaiki kereta Honda Civic dan Toyota Vios.
“Kesemua suspek memakai pelitup muka, bersarung tangan dan bersenjatakan parang telah memanjat tembok pagar hadapan rumah pengadu serta menarik pintu jeriji utama sebelum masuk ke dalam rumah.
“Suspek telah masuk ke dalam semua bilik dan mengikat tiga penghuni rumah sebelum menggeledah barangan dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semasa kejadian salah seorang rumah berjaya menghubungi polis dan meminta bantuan.
Katanya, kereta peronda polis tiba di lokasi dan dua buah kereta suspek yang diparkir di hadapan rumah terus meninggalkan tempat kejadian dan melarikan diri.
“Semakan mendapati suspek telah melarikan wang tunai, patung sembahyang dan barangan kemas bernilai RM600,000.
“Dalam kejadian ini, penghuni rumah iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditetak di bahu kiri dengan menggunakan parang dan telah menerima empat jahitan di Hospital Pantai, Klang,” ujarnya.
Hoong Fong berkata, pihaknya kini giat mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

