Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan – Anwar

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

Perdana Menteri berkata pemenang hadiah Nobel itu telah menyentuh hati dan jiwa golongan terpinggir dan kurang bernasib baik.

“Saya mengenali anda sejak empat dekad lepas sebagai individu yang mengambil inisiatif itu.

“Mereka kata kekurangan pengalaman anda dalam pentadbiran tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kekuatan dan semangat anda untuk golongan miskin, terpinggir dan rakyat.

“Saya rasa inilah yang kita kurang dalam dunia hari ini, lihat sahaja situasi di Gaza dan kini di Lubnan, apa yang kurang? Ia adalah kekurangan (sifat) kemanusiaan, keadilan dan belas kasihan,” kata beliau.

Baca artikel lain: Malaysia pertimbang permohonan pekerja Bangladesh kehilangan kerja – PM Anwar

Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad Yunus.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya dengan usaha Muhammad untuk memastikan Bangladesh menghidupkan demokrasi cemerlang dan menghormati hak setiap rakyat di negara itu.

“Saya amat berbesar hati atas maklum balas ikhlas anda (Muhammad) dan mengenali anda secara peribadi, saya percaya kepada kepimpinan dan dedikasi anda dan saya bersedia memberi sebarang bantuan kecil jika dan bila-bila masa diperlukan,” kata Anwar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This