Guru kaunseling di sekolah tak cukup, KPM mahu capai nisbah 1:250 – Fadhlina

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengakui jumlah guru kaunseling ketika ini masih belum mencukupi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM kini dalam proses untuk mencukupkan jumlah itu dalam memastikan sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah dapat direalisasikan.

“Sasaran itu belum capai lagi, tetapi kita dalam proses (mencukupkannya)… kita dapat melihat pertimbangan itu sangat baik kerana pengisian untuk guru kaunseling sentiasa mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) khususnya bagi memenuhi keperluan.

“Oleh itu kita harap dapat mencapai sasaran berkenaan supaya dapat melengkapkan ekosistem khususnya persekolahan dan memberikan perkhidmatan psikososial yang baik kepada anak-anak kita… insya-Allah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Tekad Reformasi Pendidikan di Dewan Sri Cempaka, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Tahun lalu, media melaporkan KPM komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi memastikan saranan dan intervensi diperlukan berjalan secara efisien serta efektif.

Fadhlina dilaporkan berkata, walaupun terdapat kekurangan bilangan guru kaunseling ketika ini, KPM akan terus berusaha memastikan sasaran berkenaan dapat dicapai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This